Soalan Lazim (FAQs)
- Sila tekan ‘Mohon Sekarang’ untuk isi borang mohon kerja.
- Isi maklumat diri anda, maklumat perbankan untuk urusan gaji, rujukan (kalau ada) dan tandatangan di bahagian terakhir.
- Status permohonan akan dapat dalam masa 2-3hari bekerja selepas anda menghantar / submit borang kerja.
Proses mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja.
- Jumpa Ketua Hub & maklumkan pada ketua hub ingin tukar dari Full-time ke Part-time / Part-time ke Full-time.
- Ketua Hub akan maklumkan pada HQ.
- HQ akan maklumkan kepada kami.
- Jika anda ingin tukar dari Full-time ke Part-time, kontrak anda akan terbatal.
- Jika anda ingat tukar dari Part-time ke Full-time, kontrak akan diberi dengan tarikh mula kerja sebagai Full Time.
2 jenis kenderaan yang dibenarkan sebagai kerja hantar parcel & syarat-syarat nya adalah:
Kereta
1. Boleh guna kereta sendiri / kereta bukan nama sendiri
2. Roadtax masih hidup
3. Boleh muat 150 parcel dan ke atas
4. Lebih sesuai kereta tahun 2010 dan ke atas yang dalam kondisi yang baik
Van
1. WAJIB ada lesen GDL
2. Tak perlu wrap body van
3. Size boleh muat 200 parcel
4. Lebih sesuai van tahun 2010 dan ke atas serta dalam kondisi yang baik
5. Roadtax masih hidup
- Pada hari pertama, pakai baju berlengan, seluar panjang, dan kasut bertutup.
- Setibanya di hub, terus jumpa Ketua Hub dan maklumkan nama, ID pekerja, bahawa anda dari agensi EVO, serta nyatakan status anda sama ada Full-Time / Part-Time, Rider / Driver.
- Anda perlu muat turun Apps Delivery. Aplikasi ini boleh didapati melalui Ketua Hub.
- Masa lapor diri berbeza mengikut hub – sesetengahnya seawal 8 pagi, dan paling lewat 3 petang. Rujuk maklumat yang diberikan oleh pihak EVO.
- Pada hari pertama, anda hanya akan bawa 30 hingga 50 parcel sahaja. Jumlah akan meningkat secara berperingkat sehingga 100 parcel ke atas.
- Semua parcel wajib dihantar, kecuali jika ada alasan kukuh untuk kegagalan penghantaran.
- Parcel yang gagal dihantar perlu dipulangkan semula ke hub pada hari yang sama.
- Duit COD (Cash on Delivery) wajib diselesaikan dan dimasukkan ke dalam akaun bank yang betul sebelum jam 10 malam pada hari yang sama.
Tiada yuran dikenakan untuk daftar kerja sebagai driver/rider kurier.
